Home » » Meminum teh boleh elakkan tekanan darah tinggi

Meminum teh boleh elakkan tekanan darah tinggi

Menurut kajian terbaru oleh Universiti Australia Barat dan Unilever, dengan mengamalkan pengambilan tiga cawan teh sehari mampu mengurangkan tekanan darah tinggi.

Ketua Penyelidik dari universiti itu, Profesor Jonathan Hodgson, berkata teh sering dilihat sebagai minuman kedua pilihan masyarakat dunia selepas air kosong.

Teh mengandungi zat kimia polifenol, antioksida yang mampu menghentikan pertumbuhan sel barah, risiko darah tinggi dan meningkatkan sistem imunisasi badan.


khasiat teh


Lima panduan elak tekanan darah tinggi

- Lakukan senaman selama 30 minit sehari. Amalkan senaman kardio seperti joging, badminton, berbasikal dan senaman yang mampu menguatkan otot jantung. Ini membantu mengurangkan beban arter.

- Kurangkan garam. Apabila garam banyak bertakung dalam tubuh, isi padu keseluruhan darah akan meningkat dan tekanan darah juga meningkat.

- Tingkatkan potassium dan magnesium seperti pisang dan buah-buahan. Ia membantu mengurangkan tekanan darah systolik dan diastolik dengan lebih banyak.

- Tenang. Kurangkan tekanan dan tenangkan diri sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari untuk mengurangkan tekanan darah.

- Jaga berat badan. Amalkan pemakanan dan senaman secara berterusan bagi menjaga berat badan.

BH~

Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

Artikel Terkini

Receive Updates Via Facebook
×