Home » » senjata pembunuh pegawai Ambank ditemui

senjata pembunuh pegawai Ambank ditemui

Senjata 'pump gun' yang digunakan dalam kejadian samun dan menembak mati pegawai AmBank, Norazita Abu Talib, 37, pada 23 Oktober lalu berjaya ditemui di dalam longkang di Jalan Subang 2 Taman Perindustrian Subang, dekat sini, hari ini.
Sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor memulakan pencarian di kawasan terbabit bermula jam 9 pagi selepas suspek utama memberitahu membuangnya di kawasan yang terletak kira-kira 500 meter dari bangunan bank AmBank terbabit.
Hasil pencarian selama dua jam itu membuahkan hasil apabila polis berjaya menemui senjata 'pump gun' bersama empat butir peluru di dalam senapang itu yang tertimbus dengan pasir di dalam longkang berhadapan sebuah bengkel alat ganti kereta kira-kira jam 11 pagi.

Penemuan itu disahkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang memberitahu pihaknya berjaya menemui semula senjata yang digunakan dalam kejadian samun dan tembakan pegawai AmBank terbabit.
Menurutnya, pihaknya juga telah mengenal pasti nama sebenar suspek utama iaitu Laode Ardina Laode Rasila berasal dari Sulawesi, Indonesia dan menggunakan kad pengenalan palsu dengan pendaftaran nama Ardi Hamza.

pembunuh ambank
“Hasil soal siasat suspek mengaku membeli kad pengenalan palsu itu daripada seorang lelaki warga Indonesia di Malaysia dan kita sedang menjalankan siasatan berhubung penjualan kad pengenalan palsu ini termasuk harga yang ditawarkan walaupun kad pengenalan palsu ini tidak boleh diakses oleh peranti biometrik.

“Selain itu kita juga kini memburu rakan jenayahnya dikenali sebagai Joemar yang juga warganegara Indonesia dan disyaki menyimpan wang hasil rompakan itu,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas merasmikan Seminar Pencegahan Jenayah dari Perspektif Islam, di Maktab Polis Diraja Malaysia, hari ini.

Beliau berkata, sehingga kini seramai 12 orang termasuk suspek utama ditahan berhubung kes itu bagi membantu siasatan.

Harian Metro hari ini melaporkan suspek yang ditahan polis di Kampung Tanjung Belungkor, Johor pagi semalam, dipercayai gagal mendapatkan khidmat tekong darat serta laut bagi membawanya pulang ke Indonesia.

Lelaki berusia 35 tahun yang menggunakan nama Ardi Hamza di dalam MyKad palsunya dipercayai datang ke Kampung Tanjung Belungkor di sini, dalam usaha melarikan diri ke negara asalnya. 

sumber:mymetro

2 comments:

  1. mujur senjata tu dah ditemui..bahaya kalau ada yang mengambilnya dan gunakan untuk kes jenayah yang lain pula

    ReplyDelete
  2. @Puteri Kasihdengan tertangkapnya suspek banyak perkara boleh diselesaikan....

    ReplyDelete

Artikel Terkini

Receive Updates Via Facebook
×