Home » » Alat pengecas Powerbank berbentuk Lego

Alat pengecas Powerbank berbentuk Lego

Alat pengecas peranti pintar atau lebih dikenali dengan powerbank kini menjadi aksesori penting bagi pengguna peranti pintar.Ini kerana bateri yang sedia ada pada peranti pintar tidak dapat bertahan dengan lama.
powerbank


Walaupun kini terdapat banyak jenis powerbank yang sedia ada di pasaran, namun terdapat powerbank yang pastinya akan menarik perhatian ramai iaitu COI + Lego Power Brick kerana powerbank ini adalah kolaborasi dengan syarikat Lego.

Dipetik dari sebuah portal tempatan, COI + Lego Power Brick ini mempunyai kapasiti kuasa sebanyak 4200 mAh dan turut disertakan beberapa keping Lego yang membolehkan anda mengubahnya menjadi sebuah ciptaan mainan mengikut kreativiti anda.

Powerbank Lego ini boleh mengecas telefon pintar atau tablet anda pada pot USB yang disediakan di sebelah peranti dan turut mempunyai lampu penunjuk jangka tahap caj pada bahagian belakang peranti.

COI + Lego Power Brick bakal dipasarkan dengan harga RM160 sebuah

sumber: http://my.entertainment.yahoo.com/news/pegecas-peranti-pintar-lego-031451347.html
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

Artikel Terkini

Receive Updates Via Facebook
×