Home » » Samsung Galaxy S5 dilancarkan di Malaysia dengan harga RM 2399

Samsung Galaxy S5 dilancarkan di Malaysia dengan harga RM 2399

Samsung Malaysia baru sahaja  melancarkan model telefon pintar mereka yang terbaru iaitu Galaxy S5  secara rasminya di Malaysia. Samsung Galaxy S5 akan mula dijual di Malaysia mula April 11 iaitu serentak dengan pelancaran di lebih 130 negara seluruh dunia. bercakap mengenai harga Samsung Galaxy S5 akan dijual pada harga RM 2399 bagi versi LTE 16GB dan dengan setiap pembelian Galaxy S5 juga, pengguna akan menerima pakej Galaxy Gift bernilai RM 3500

Samsung Galaxy S5

Samsung Galaxy S5 hadir dengan skrin paparan Super AMOLED HD berukuran 5.1-inci dengan resolusi 1980 x 1080 yang memberikan kepadatan piksel 431 ppi, pemproses quad-core Qualcomm Snapdragon 800 berkelajuan 2.5GHz, 2GB RAM dan disertakan dengan UI TouchWiz yang baru serta Android 4.4.2 KitKat. ketahui spesifikasi Galaxy S5 dengan lebih lanjut.
Selain itu, Galaxy S5 juga dilengkapi dengan kamera belakang 16MP manakala kamera hadapan adalah 2MP. Lebih menarik pada kamera ini adalah, ianya mampu merakam video 4K yang membawakan resolusi 2160p.

sumber:http://www.mobile88.com/
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

Artikel Terkini

Receive Updates Via Facebook
×