Home » » Kebaikan bawang merah bagi mengatasi masaalah rambut yang gugur

Kebaikan bawang merah bagi mengatasi masaalah rambut yang gugur

Adakah anda mengalami masalah rambut gugur selepas anda bersyampu atau pun menggunakan sikat? Janganlah risau,kerana ia adalah masalah biasa yang kebanyakan orang mengalaminya. Tetapi  jika anda terus kehilangan rambut setiap hari, tentu anda dapat bayangkan apa yang akan terjadi pada kita selepas beberapa tahun? Oleh kerana itu, adalah perlu kita melakukan sesuatu dengan segera untuk memerangi masaalah keguguran rambut dan pada waktu yang sama merangsang pertumbuhan rambut baru. 


Tahukah anda bahawa bawang merah merupakan ubat semulajadi yang menakjubkan bagi menangani masaalah keguguran rambut? Tambahan ia juga berkesan meningkatkan pertumbuhan rambut anda.

Secara fakta, bawang merah sangat tinggi dalam sulfur. Itulah sebabnya jus daripada bawang merah mampu merangsang pertumbuhan rambut kerana sulfur membantu dalam peredaran darah. Ia juga mengurangkan keradangan kulit kerana sifatnya yang antibakteria. Selain itu, bawang merah juga menjadikan rambut anda lebih kuat selain membuka liang-liang folikel rambut anda yang tersekat dan mencegah jangkitan kulit kepala.

Berikut adalah beberapa cara untuk menggunakan bawang sebagai rawatan keguguran rambut dan menggalakkan pertumbuhan rambut baru:

Menggunakan campuran bawang merah dan madu:
Ambil satu perempat daripada jus bawang merah yang mentah dan campurkannya dengan madu. Gunakan gabungan dua bahan ini untuk mengurut kulit kepala anda setiap hari dan lihat perbezaan selepas beberapa minggu

Menggunakan jus bawang merah yang mentah:
Ini adalah cara yang paling mudah untuk mendapatkan manfaat daripada sulfur yang terkandung di dalam bawang. Masukkan beberapa bawang merah ke dalam pengisar anda untuk mendapatkan jus atau air bawang merah tersebut. Kemudian, letakkannya pada kulit kepala anda dan biarkan selama sekurang-kurangnya 30 minit atau lebih sekiranya anda mahu dan bilas menggunakan syampu. Lakukannya sebanyak tiga kali seminggu selama satu atau dua bulan untuk melihat hasil dan diharapkan bersabar kerana ini adalah cara semulajadi.


Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

Artikel Terkini

Receive Updates Via Facebook
×