Home » » samsung merancang untuk mengeluarkan telefon Galaxy dengan skrin melengkung tiga sisi

samsung merancang untuk mengeluarkan telefon Galaxy dengan skrin melengkung tiga sisi

Berdasarkan laporan terbaru daripada Bloomberg, Samsung telah merancang untuk melancarkan telefon pintar dengan skrin paparan yang melengkung pada bahagian sisi tahun hadapan. Skrin dengan paparan berteknologi baru ini akan membolehkan pengguna untuk melihat mesej atau notifikasi dari bahagian sisi telefon.

samsung youm

Peranti menarik yang akan datang ini adalah berasaskan versi daripada teknologi Samsung yang dikenali sebagai Youm. Telefon pintar ini pernah dipaparkan pada CES yang telah diadakan di Las Vegas awal tahun ini dan skrin juga telah pun diperkenalkan pada Samsung Galaxy Round yang baru sahaja dilancarkan.

Terdapat spekulasi yang mengatakan skrin paparan tiga penjuru ini mungkin akan diperkenalkan pada model Galaxy S (Galaxy S5) atau Galaxy Note (Note 4). Walaubagaimanapun, Samsung tidak menolak bahawa model dengan siri baru juga akan menjadi salah satu pilihan untuk peranti ini.


Menariknya, laporan terbaru mengenai telefon pintar Samsung ini diketahui hanya selepas beberapa hari sebelum ini, pencabar Samsung yang utama iaitu Apple melaporkan bahawa syarikat Cupertino ini sedang membangunkan dua model iPhone yang juga mempunyai skrin paparan yang melengkung dengan salah satu daripada peranti ini merupakan model phablet yang dijangka menyaingi pasaran yang dikuasai oleh Samsung Galaxy Note III. 
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

Artikel Terkini

Receive Updates Via Facebook
×