Petai adalah sejenis tanaman berasal dari negara tropika seperti Malaysia dan Indonesia dengan nama latin parkia speciosa.
Buah petai boleh dijadikan ulam untuk membuka selera yang memberi
manfaat kepada kesihatan tubuh badan walaupun baunya agak kuat.
Petai mengandungi sukrosa, fruktosa dan glukosa yang menghasilkan tenaga
secara semula jadi untuk badan. Ia juga mengandungi pelbagai zat
seperti protein, karbohidrat, vitamin A, vitamin dan mineral.
Selain membantu mengurangkan masalah anemia, ia juga baik untuk mata, mencegah angin ahmar dan melancarkan sistem pencernaan.
Dalam satu kajian dilakukan menunjukkan amalan memakan petai secara
teratur mampu mengurangkan 40 peratus risiko menghidap angin ahmar.
sumber:https://my.entertainment.yahoo.com/news/petai-boleh-cegah-angin-ahmar-063812007.html