Setiap wanita mahukan tubuh yang langsing dan menarik. Kini banyak pil
pelangsing yang boleh dilihat di laman sosial mahupun di papan iklan.
Tetapi tidak semua mendatangkan hasil jika anda masih tidak mengawal
permakanan anda dengan betul. Namun tahukah anda minuman juga boleh
melangsingkan anda? Di sini kami ingin berkongsi dengan anda tentang
lima jenis minuman yang dapat membantu anda untuk melangsingkan badan
anda.
Jus sayuran
Jus sayuran adalah salah satu cara yang berkesan untuk memberi serat dan
nutrien dalam badan kita untuk membantu tubuh badan kita menurunkan
berat badan. Pengambilan sayuran dan buah-buahan membuatkan kita kenyang
lebih lama.
Kopi hitam
Secawan kopi hitam di awal pagi atau segelas kopi ais di waktu tengah
hari sebenarnya membantu dalam menurunkan berat badan. Ia berfungsi
dalam merangsang kafein yang boleh mengawal nafsu makan. Malah ia juga
mampu memanaskan tubuh badan kita dan meningkatkan metabolisme dalam
badan. Cuma, kurangkan gula dalam kopi atau gunakan susu rendah lemak
Teh hijau
Teh hijau sememangnya sudah terbukti berkesan membantu dalam
pelangsingan tubuh. Ia juga membantu meningkatkan metabolisme. Cuba
amalkan meminum teh hijau tidak kira sejuk atau pun panas. Teh hitam dan
teh oolong kerana kedua-duanya mengandungi anti-oksidan yang boleh
menyingkirkan toksin dalam badan.
Susu rendah lemak
Susu rendah lemak bagus yang berasaskan protein tanpa lemak, vitamin D
dan kalsium yang menolong untuk pembinaan otot dan menguatkan tulang. Ia
lebih sedap jika ditambah dengan sedikit coklat untuk perasa dan
khasiat yang lebih efektif.
Air
Ia sememangnya diketahui baik untuk kesihatan. Ia bukan sahaja membuang
toksin dalam badan, malah ia sangat berkesan dalam membantu anda untuk
menurunkan berat badan. Anda boleh meminum air dengan ditambah sehiris
buah lemon segar, limau nipis, timun atau pun tomato kerana sayuran ini
bagus untuk anda selain menambah perasa.
sumber via:yahoo entertainment