MARYLAND, Amerika Syarikat (AS) - Seorang bayi yang berusia empat
bulan berjaya menjalani satu pembedahan untuk membuang sebatang gigi
yang tumbuh dalam otaknya, lapor akhbar Daily News kelmarin.Doktor-doktor yang merawat bayi berkenaan menyifatkan pertumbuhan gigi dalam otak sebagai sejenis ketumbuhan yang luar biasa.
Imbasan otak yang dilakukan terhadap bayi yang dirahsiakan
identitinya itu menunjukkan gigi tersebut berbentuk seperti gigi yang
terdapat pada rahang bawah bayi.Bayi lelaki itu kembali sihat selepas menjalani pembedahan tersebut.
Gigi berkenaan pula telah dihantar kepada beberapa pakar patologi untuk diperiksa."Ketumbuhan gigi dalam otak jarang berlaku. Dalam kes ketumbuhan
dalam otak, kejadian seperti ini tidak pernah didengar," kata pakar
bedah saraf, Dr. Narlin Beaty yang menjalankan pembedahan tersebut. -
Agensi/kosmo