JIKA anda merupakan
peminat telefon pintar dengan skrin yang bersaiz besar juga merupakan
peminat telefon pintar dengan didatangkan bersama pen stylus tetapi
tidak mahu menghabiskan duit anda membeli Galaxy Note 3 bersama Galaxy
Gear, anda mungkin bakal terpikat dengan Galaxy Note 3 ‘Neo’ ini.
Galaxy Note 3 ‘Neo’ ini didatangkan dengan
spesifikasi yang digabungkan antara Galaxy Note 2 dan Galaxy Note 3.
Butiran terperinci mengenai Galaxy Note 3 ‘Neo’ ini telah terdedah di
GSM Arena yang menunjukkan perbandingan antara Galaxy Note 2, Galaxy
Note 3 ‘Neo’ dan Galaxy Note 3.
Telefon pintar ini didatangkan bersama 5.55 inci 720p skrin, 8
megapiksel kamera, 2GB RAM, dan bateri sebanyak 3,100 mAh.
Walaubagaimanapun, Galaxy Note 3 ‘Neo’ ini bakal didatangkan cip
pemprosesan yang belum dirasmikan oleh Samsung sebelum ini iaitu “Hexa”
cip yang menggabungkan antara cip pemprosesan dwi-teras 1.7 GHz +
1.3GHz cip pemprosesan empat-teras,
Daripada dokumen yang dipaparkan ini, ia memperlihatkan fungsi yang
turut terdapat pada Galaxy Note 3 dan juga tambahan Magazine UX yang
diperlihatkan pada Galaxy Note Pro 12.2 yang diperkenalkan pada CES
2014.
-newmalaysianpost