Home » » Samsung Galaxy S5 Akan Dilancarkan Dengan Skrin QHD 5.2-inci(2K)

Samsung Galaxy S5 Akan Dilancarkan Dengan Skrin QHD 5.2-inci(2K)

Walaupun Samsung dikatakan tidak akan menawarkan skrin paparan fleksible kepada Galaxy S5, skrin Galaxy S5 hampir pasti merupakan teknologi skrin paparan yang lebih baik berbanding Galaxy S4 yang popular.
Samsung Galaxy S5

Laman Web yang berpangkalan di Korea iaitu DDaily melaporkan bahawa Samsung Display sudah memulakan pembuatan komersial skrin paparan AMOLED QHD (Quad HD) bagi Galaxy S5 yang akan dilancarkan kelak. Jika laporan ini betul, generasi telefon pintar utama Samsung yang akan datang ini akan mempunyai kepadatan piksel yang menakjubkan iaitu 559.47 ppi dengan resolusi 2560 x 1440. Skrin paparan terbaru ini dikatakan akan menggunakan teknologi pengaturan pixel seperti bentuk berlian yang dikenali sebagai PenTile sekaligus memberikan penghasilan gambar dengan warna yang lebih asli.

Walaubagaimanapun, kami harus menyatakan bahawa laporan dari Korea kebiasaanya tidak tepat dan tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan. Dengan tiada sebarang maklumat mengenai S5 disahkan kita hanya boleh membuat andaian namun skrin paparan 5.25-inci dengan resolusi 2560 x 1440 piksel ini bukanlah sesuatu yang mustahil memandangkan syarikat Vivo yang berpangkalan di China telah pun melancarkan satu telefon pintar dengan skrin paparan 6-inci dengan resolusi 2560 x 1440 piksel

sumber:mobile88
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

Artikel Terkini

Receive Updates Via Facebook
×