Wanita barat jika dilihat pada kaca televisyen mahupun media cetak,tampak begitu sempurna.Namun apabila bersuamuka,golongan ini tidaklah secantik mana.Malah jika diteliti kebanyakan dari mereka mempunyai pelbagai masaalah kulit seperti pigmentasi,pori pori terbuka dan kulit kasar.
Berbeza pula dengan wanita jepun.Sebagaimana cantiknya mereka dikaca Tv begitu juga diluar.Bagi yang pernah menjejakkan kaki ke egara matahari terbit itu pasti terpegun dengan dengan kecantikan kulit wajah putih bersih dan halus.Lebih membangakan ,wanita Jepun juga majoritinya mempunyai tubuh langsing hingga ke usia emas.
Dalam buku karya Naomi Moriyama berjudul 'Japanese Women Don’t Get Old or Fat?' 'Mengatakan,wanita Jepun adalah kelompok wanita di negara maju yang paling rendah tahap obesiti dan memiliki umur yang panjang
Dalam penulisannya,Naomi juga berkongsi rahsia kecantikan wanita Jepun.Ingin cantik dan langsing?.Jom ikuti tip cantik wanita jepun.Masih belum terlambat untuk anda mengubah gaya hidup dan pemakanan anda.Selamat mencuba!
Teh hijau untuk kulit bebas jerawat
Sejak zaman dulu lagi,wanita Jepun mengamalkan pengambilan the hijau.Mereka minum the hijau sekurang kurangnya dua kali sehari.Minuman ini baik untuk kecantikan dan kesihatan keran ia mengandungi anti oksidan yang tinggi.Pengambilan the hijau membuatkan kulit wajah bebas jerawat,anti penuaan,awet muda,mengurangkan depresi dan meningkatkan tahap kesihatan.
Antioksidan polyphenyl dalam teh hijau dapat membantu meningkatkanmetabolismedalam tubuh serta meningkatkan oksidasi lemak.Degan minum secawan the hijau,makan secara teratur,diiringi diet yang tepat dan olahraga,anda akan memiliki tubuh yang langsing.
Guna jari sapu penyegar
Penggunaan penyegar adalah rejimkecantikan yang sangat penting diJepun.Mereka percaya penyegar mampu menanggalkan sel kulit mati dan membersihkan sisa solekan.
Wanita Jepun sangat teliti memilih penyegar muka agar kulit wajah tidak kering.Mereka memilih penyegar yang mengandungi ethyl alcohol,rubbingalcohol atau isopropyl alcohol.Golongan ini tidak menggunakan kapas muka sebaliknya hanya menggunakan jari untuk menyapu penyegar pada kulit wajah untuk penyerapan yang optimum.
Senaman wajah untuk kuatkan otot.
Baik di Jepun mahu pun Korea,wanita disana sangat menitik beratkan penjagaan wajah.Bukan sahaja pemilihan produk yang sesuai malah amalan penjagaan rupa juga sangat penting.Mereka mengamalkan senaman wajah dengan menyebut ‘Ma Me Mi Mu’ sebanyak 10 kali untuk menguatkan otot muka dan bibir .
Teknik urutan lancarkan perjalanan darah.
Mereka percaya teknik urutan wajah dikatakan amat membantu membuatkan kulit wajah tampak berseri dn sihat.Tidak perlu ke spa,sebaliknya rejim iniboleh dilakukan sendiri dirumah.Gunakan skrub atau krim wajah,urut dengan lembut wajah anda dua hingga tiga kali seminggu.urutan ni dapat melancarkan darah,oksigen dan membuatkan kulit lebih tegang.
Ikan salmon adalah sumber protin utama di Jepun.Selain rasa enak dansegar,menu berasas ikan membantu wanita disana tampil langsing.Ikan salmon adalah menu paling popular yang menjadi pilihan wanita Jepun kerana mempunyai pelbagai khasiat.Antaranya mengurangkan stress membentuk otot,mengutaka kuku dan meningkatkan tahap kesihatan mata.
Makan nasi dalam kuantiti yang sedikit
Nasi masih lagi menjadi makanan ruji yang membekalkan tenaga. Wanita Jepun percaya pengambilan nasi membantu tubuh menjadipejal dan mantap.Namun mereka menghadkan pengambilan dalam kuantiti nasi.Biasanya untuk sekali makan,hanya dua mangkuk kecil nasi diambil bersama hidangan lain.
Hanya buah sebagai pencuci mulut
Tidak seperti dikebanyakan negara dimana biasanya masyarakat mengambil kek,ais krim dan aneka kuih sebagai pencuci mulut.Jepun mempunyai cara yang berbeza,mereka menolak kesemua pencuci mulut yang mengandungi gua yang tinggi.wanita Jepun lebih suka menggunakan buah sebagai pencuci mulut.Mereka juga gemar makan aneka I berbanding menu menu barat.
Lebihkan makan sayur
Sayur bukan saja dimakan bersama nasi malah ia juga menjadi snek buat Jepun.Mereka mengambil sayur dalam kuantiti yang sedikit tapi kerap.Pilihan sayur yang membekalkan nutrien yang diperlukan tubuh.Khasiat yang terkandung dalam sayuran membuatkan mereka lebih sihat dan membuatkan kulit cantik dan awet muda
Teknik unik cuci wajah
Bagi mencuci muka,golongan ini cenderung memilih pencuci berasaskan minyak(cleansing oil).Mereka percaya ia dapat menanggalkan solekan dengan lebih sempurna dan dapat mengekalkan tahap sebum semula jadi wajah.
Lebih menarik wanita disana juga mengamalkan teknik 424.Mereka akan mencuci wajah dengan minyak pencuci selama empat minit. Kemudian,mereka mencuci wajah dengan pencuci berbusa selama dua minit dan membilas wajah selama empat minit. Mulakan dengan air suam dan akhiri dengan air sejuk,ia dikatakan akan dapat mengetatkan pori kulit wajah.
sumber:Mingguan wanita
Wow ! Tips yang berguna. Nice sharing :)
ReplyDelete