Artis muda dari Argentina ini menggunakan teknik berbeza dan lebih kreatif untuk menghasilkan lukisan abstrak. Leandro Granato, 27, menggunakan warna air yang dipercikkan hasil tindak balas hidung dan matanya ke atas kanvas lukisan.
“Saya mula mengaplikasikan teknik ini sejak kecil. Bagaimanapun,
lama-kelamaan saya mula selesa dengan bakat luar biasa ini,” katanya.
Menurut Granato, dia mengambil masa selama dua tahun mencipta formula
khas warna air yang tidak akan merosakkan matanya. Difahamkan, dia mula
terlibat dalam dunia seni lukis selepas datuknya meninggal dunia akibat
barah.
“Saya mula melukis untuk melupakan kesedihan akibat pemergian datuk.
Ketika itu, saya menjadikan pelukis abstrak warga Amerika, Jackson
Pollock sebagai sumber inspirasi,” jelasnya.
Pelukis berbakat ini memberitahu lukisan yang dijual pada harga 1,500
pound (RM7,800) itu mampu dihasilkan dalam masa paling singkat iaitu 10
minit dan ada yang perlu mengambil masa selama beberapa bulan.
Pada masa hadapan, Granato berhasrat untuk melakukan pameran amal
untuk membantu kanak-kanak yang menghidapi barah di Argentina, laporan
dipetik dari DailyMail
via:sinar harian
via:sinar harian
awesome :)
ReplyDelete