Home » » 10 perkara yang menjadikan anda sihat dan awet muda

10 perkara yang menjadikan anda sihat dan awet muda

awet muda
1. Dilahirkan ketika ibu Anda masih muda
Berdasarkan kajian oleh Universiti Chicago, ibu yang masih muda memiliki sel telur yang sangat baik untuk persenyawaan, yang memungkinkan penghasilan  anak yang lebih sehat, kuat dan berumur lebih panjang.

2. Meminum teh
Melalui kajian terhadap lebih dari 40,500 orang wanita dan lelaki di Jepun yang terlibat kajian tentang kesan meminum teh terhadap kesehatan menunjukkan risiko penyakit jantung dan stroke adalah lebih rendah dibanding mereka yang jarang meminum teh.

3. Lebih suka jalan kaki dari naik kenderaan
Orang-orang yang cergas selalu mengutamakan jalan kaki, Berjalan kaki 30 minit setiap harinya akan memperpanjang umur, berdasarkan kajian terhadap 2,603 wanita dan lelaki.

4. Jauhi minuman bersoda
Para pengkaji di Boston mendapati bahawa mereka meminum soda setiap harinya meningkatkan risiko penyakit kencing manis, jantung dan gangguan metabolik lainnya. Meminum jus akan lebih menyihatkan tubuh anda

5. Memiliki kaki yang kuat
Menurut Robert Butler, MD, dari International Longevity Center—USA in New York City, mereka yang memiliki otot-otot kaki yang lemah diperkirakan tidak akan berumur panjang kerana mudah mengalami komplikasi pada tulangnya.

6. Memakan makanan berwarna ungu
Buah-buahan seperti anggur, blueberry dan makanan lain yang berwarna ungu, kaya dengan polifenol yang sangat baik untuk mengurangkan penyakit jantung, nyanyuk dan meningkatkan kemampuan sel-sel otak.

7. Memiliki berat badan yang ideal dan sehat
Sebuah kajiani dalam Journal of Pediatrics yang melibatkan 137 orang Afrika dan Amerika menyebutkan bahwa mereka yang memiliki kelebihan berat badan pada usia 14 tahun ke atas memiliki risiko kencing manis dua kali ganda pada waktu dewasanya.

8. Sering berinteraksi dengan rakan rakan.
“Hubungan interpersonal yang baik bertindak sebagai pelawan stres dan penyeimbang hidup Anda,” ujar Micah Sadigh, PhD, seorang pakar psikolog dari Cedar Crest College. Memiliki orang-orang yang menyokonganda akan membuatkananda lebih sehat secara fisik dan mental. Mereka yang stres akan memiliki daya tahan tubuh yang lemah dan boleh memendekkan umur hingga 4-8 tahun.

9. Menyukai cabaran
“Ketika anda merasa tertekan mengerjakan sesuatu, perhatian anda akan terfokus dan otak akan memiliki kekuatan yang lebih besar, dan hal itu boleh memperpanjangkan usia anda,” ujar Robert S. Wilson, PhD, Profesor Sains Urat Saraf Dan Psikologi di Rush University Medical Center Chicago.

10. Tidak memiliki pembantu di rumah
Berdasarkan kajian terhadap 302 orang dewasa dengan umur 70 dan 80 tahun, hanya dengan mengemas, mencuci atau membersihkan jendela beberapa jam, seseorang dapat membakar 285 kalori dan menurunkan risiko kematian hingga 30 peratus



3 comments:

  1. nak tambah lagi satu, selalulah basuh muka dengan air kelapa muda. cubalah......

    ReplyDelete
  2. @mak ietengterima kasih mak ieteng...tips yang bagus..

    ReplyDelete
  3. Wow2! Bestla bc entry ni. Alhamdulillah salu wt apa yg dinyatakan kt atas ni. Moh la sama-sama kte amalkan. InsyaAllah ^^ Solat 1st !

    ReplyDelete

Artikel Terkini

Receive Updates Via Facebook
×