Home » » Kebaikan serai untuk kesihatan

Kebaikan serai untuk kesihatan

Serai selalu digunakan dalam masakan seharian dan juga dalam pembuatan minyak wangi tetapi tahukah anda bahawa serai juga mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan kita?

Batang dan daun serai mempunyai bau seperti lemon kerana bahagian itu mengandungi minyak pati.Secara keseluruhannya, semua bahagian  serai amat berguna untuk kehidupan seharian.

Mari kita lihat 6 manfaat serai untuk kesihatan.Tips di bawah juga amat mudah dilakukan tanpa perlu berbelanja lebih.

serai

Memutihkan gigi
Masalah gigi kuning akibat merokok boleh di atasi dengan mengunakan serai sahaja.Caranya, tumbuk halus dua batang serai yang di potong kecil dengan sedikit arang dapur dan gosokkan pada gigi anda.Lakukan tiga kali seminggu dan lihat hasilnya.


Mengatasi masalah perut
Dengan meminum tehserai mampu mengatasi gangguan pencernaan, sakit perut, perut berangin, kejang usus dan ciritbirit.Serai membantu mengurangkan angin dalam usus sekaligus mencegah pembentukan gas berlebihan.


Serai sebagai 'Pain Killer'
Ia bertindak sebagai penahan sakit semulajadi. Jika anda mengalami sakit otot,sakit gigi, dan sendi, meminum tehlimau berserai pasti akan dapat melegakan sakit anda itu.


Detoksifikasi
Serai juga diketahui mempunyai elemen yang bertindak sebagai detoksifikasi.Serai dapat membantu anda melancarkan pembuangan air kecil sekaligus membersihkan organ pencernaan, hati, pankreas, pundi kencing dan buah pinggang.


Melegakan senggugut
Bagi wanita yang mempunyai masalah senggugut.Setiap pagi cuba amalkan meminum teh serai ketika datang bulan, bukan sahaja senguggut, malahan rasa mual juga akan turut hilang. 


Ajen pencegah kanser
Bagi setiap 100 gram serai mengandungi anti oksidan bagi mencegah kanser.Elemen semulajadi yang terdapat dalam serai dipercayai boleh mematikan sel kanser aktif tanp amerosakkan sel sihat.


Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

Artikel Terkini

Receive Updates Via Facebook
×