Sebagai sejenis makanan yang kaya dengan sumber protein, kalsium, potassium, mineral dan vitamin,Yogurt atau susu masam memberikan manfaat bagi luaran dan dalaman tubuh badan.
Selain mempunyai kebaikan untuk sistem penghadaman ia boleh dijadikan sebagai krim semulajadi yang bebas daripada bahan kimia. Yang menariknya, krim ini dapat dilakukan di rumah tanpa melibatkan kos yang banyak. Nak tahu manfaat yogurt untuk kecantikan luaran dan dalaman anda? Mari lihat kebaikannya di sini.
Untuk kulit kering
Bagi mengatasi masalah kulit terlalu kering, tambahkan sedikit madu ke dalam yogurt kerana madu mempunyai unsur pelembap. Anda juga boleh mencampurkan dua sudu besar lobak merah dengan tiga sudu besar yogurt bersama yang sudah dikisar. Sapukan campuran tersebut pada wajah dan biarkan selama 20 minit sebelum dicuci dengan air suam.
Melembapkan kulit
Di dalam yogurt terdapat kultur hidup bersama asid laktik yang mampu melembut, melembap dan membuang sel kulit mati. Sapukan yogurt ke seluruh wajah tangan serta kaki dan biarkan ia selama 20 minit sebelum dicuci dengan air suam. Lebihan yogurt tadi boleh disimpan di dalam peti sejuk untuk disapu pada wajah sebagai pupur.
Mencerahkan kulit
Campurkan yogurt dengan satu sudu besar madudansatu sudu besar serbuk koko. Gaulkan bersama-sama sehingga menjadi pekat sebelum disapukan pada wajah. Pastinya kulit akan tampil lebih segar, cerah dan bercahaya.
Membuang sel kulit mati
Sel kulit mati boleh dibuang dengan cara mencampurkan satu sudu besar oatdengandua sudu besar yogurt. Gosokkan pada wajah dan tubuh badan dengan gerakan bulat agar semua sel kulit mati dapat dibuang.
Selain dari itu, anda juga boleh mencampurkan yogurt dengan kulit buah-buahan sitrus seperti oren yang sudah dikisar dan dikeringkan bersama dua sudu besar yogurt.
Menghilangkan jerawat
Sapuan yogurt setiap hari pada wajah bolih mengatasi masalah jerawat dan akan segera pulih dalam tempoh seminggu.Kandungan zink yang terdapat di dalam yogurt membantu mengeringkan jerawat selain mengurangkan kesan merah dan keradangan
Menghapuskan bintik hitam dan bintik putih
Pes pekat campuran serbuk beras dan yogurt mampu menghilangkan bintik hitam dan putih pada wajah sekaligus membersihkan wajah agar kelihatan berseri.
Caranya mudah sahaja. Sapukan pes tersebut dangan gerakan membulat pada wajah dan biarkan seketika sebelum dicuci dengan air sejuk. Kacang walnut juga boleh diguna untuk menggantikan beras.
Menghapuskan lingkaran gelap bawah mata
Yogurt boleh disapukan sedikit di kawasan sekitar bawah mata selama 15 minit sebelum mencucinya.Campuran yogurt bersama serbuk kunyit, jus limau dan madu boleh disapu kepada bahagian kulit yang menjadi gelap akibat matahari selama 40 minit sebelum dibasuh.
Mengatasi masalah penuaan
Masalah kedutan sehingga membuatkan anda kelihatan tua dari usia sebenar boleh dielakkan dengan penggunaanYogurt. Caranya ialah dengan mencampurkan minyak zaitun bersama yogurt dan disapu pada kulit selama 30 minit. Lakukan tiga kali seminggu untuk hasil yang menakjubkan.
Mengecilkan liang roma
Yogurt juga mempunyai kandungan zink di dalamnya mampu mengecilkan liang roma dan menjadikan tona kulit anda kelihatan lebih sekata.
Hasilkan yogurt anda sendiri dengan dua liter susu penuh krim dan separuh liter susu yogurt yang mengandungi kultur hidup. Jangan lupa simpan di dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama