Home » » Model terbaru nokia Asha 210 dan 501 telah dilancarkan

Model terbaru nokia Asha 210 dan 501 telah dilancarkan

Nokia sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka telah mula memasarkan dengan harga yang cukup berpatutan dua buah telefon model Asha iaitu Nokia Asha 210 dan Nokia Asha 501.

Dengan harga RM219 bagi Nokia Asha 210  mempunyai ciri papan kekunci QWERTY yang mempunyai butang media sosial khas bagi membolehkan anda mengakses laman sosial seperti Facebook, Twitter ataupun Instagram dengan mudah.

Asha 210

Selain dari itu, telefon dengan dwi sim ini juga dilengkapi dengan WiFi bagi kemudahan melayari Internet. Telefon ini juga mempunyai kamera dengan resolusi dua megapiksel serta turut mempunyai fungsi suntingan sertap perkongsian.


Satu lagi rekaan elegan telefon model Nokia Asha 501 yang membolehkan pengguna membuka penutup belakang yang dijual dengan harga RM299.Telefon ini mempunyai skrin sentuh 3.0 inci dengan berat minimum 98 gram selain mempunyai paparan antigores.


asha 501
Terdapat dua pilihan skrin utama yang ditawarkan iaitu Home danFastlane. Home adalah skrin tradisional yang menawarkan ikon aplikasi biasa untuk mengakses ciri spesifik manakala Fastlane memperlihatkan penggunaan kerap bagi aplikasi sebelum memberi paparan menu yang kerap dikunjungi.

SPESIFIKASI

NOKIA ASHA 210
Harga: RM219
Rangkaian: GSM/EDGE 900/1800
Antaramuka: Series 40 Asha
Dimensi: 111.5 x 60 x 11.8mm
Berat: 97.3g
Paparan: 2.4 inci QVGA
Memori: 64MB (dalaman), sokongkadmicroSD
Masabersedia: 24 hari
Masaberbual: 12 jam
Bateri: BL-4U, 1200mAh
Kamera: 2MP

NOKIA ASHA 501

Harga: RM299
Rangkaian: GSM 900/1800 + WLAN, GSM 850/1900 + WLAN
Antaramuka: Nokia Asha Software Platform
Dimensi: 99.2 x 58 x 12.1mm
Berat: 98g
Paparan: 3 inci QVGA TFT
Memori: 128MB + 4GB
Masabersedia: 26 hari
Masaberbual: 17 jam
Bateri: BL-4U, 1200mAh
Kamera: 2MP
Ciri: 40 game premium percuma

Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

Artikel Terkini

Receive Updates Via Facebook
×