Home » » Venus:kucing popular yang mempunyai dua warna

Venus:kucing popular yang mempunyai dua warna

RUPA unik seekor kucing yang mempunyai dua warna berbeza di mukanya menjadikan haiwan tersebut sensasi Internet.Kucing yang diberi nama Venus itu mempunyai warna hitam di bahagian muka sebelah kanan dan oren, di sebelah kiri mukanya.

venus kucing dua wajah

Selain mempunyai warna berbeza di muka, Venus memiliki mata dengan warna berbeza iaitu biru dan hijau.

Kini Venus bukan sahaja mempunyai lebih 900,000 pengikut di Facebook dan berpuluh video di YouTube, malah mempunyai laman web sendiri untuk menjual barangan jenamanya.

Venus turut muncul dalam majalah National Geographic dan beberapa program televisyen di Amerika Syarikat.

Menurut pemiliknya Christina dan Chris, Venus dijumpai mereka sedang merayau-rayau di sebuah ladang di North Carolina pada tahun 2009 sebelum mereka memutuskan mahu membelanya kerana ia memiliki warna bulu yang sama seperti dua kucing peliharaan ketika itu.

“Jiran pernah menyangka kami mewarnakan bulu kucing berkenaan, walaupun sebenarnya Venus dilahirkan dengan warna sedemikian,” kata tuannya, bangga.

Sumber: Dailymail
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

Artikel Terkini

Receive Updates Via Facebook
×