Home » » Kucing dipilih sebagai datuk bandar

Kucing dipilih sebagai datuk bandar

Barnaul: Penduduk di sini mahukan seekor kucing menjadi datuk bandar baru mereka kerana bosan dengan pertelingkahan politik dan perebutan kuasa.

Penduduk bandar Barnaul di Siberia ini yang terletak 2,900 kilometer ke timur Moscow akan mengundi minggu depan untuk memilih datuk bandar baru.

kucing dipilih sebagai datuk bandar


Satu suruhanjaya terdiri daripada ahli majlis perbandaran dan gabenor wilayah akan memilih seorang daripada enam calon yang bertanding.

Bagaimanapun, tidak seorang pun daripada enam orang itu menarik minat penduduk Barnaul.


Kelmarin, satu undi tidak rasmi yang dilakukan secara online meminta penduduk memilih dalam kalangan enam orang itu dan seekor kucing bernama Barsik.

Hasilnya menunjukkan lebih 90 peratus penduduk memilih kucing itu.

Bagi pemerhati, keputusan itu membawa mesej serius yang hendak disampaikan penduduk.

Barnaul, seperti kebanyakan bandar Russia lain, tercemar dengan kegiatan rasuah dalam kalangan pegawainya.

“Hasil undian itu menunjukkan penduduk tidak percaya terhadap semua calon yang bertanding. Bagi mereka, lebih baik melantik kucing menjadi datuk bandar. Ia pasti bersih daripada rasuah,” kata pegawai kanan Parti Komunis tempatan Ivan Karpov. -Agensi via newmalaysianpost
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

Artikel Terkini

Receive Updates Via Facebook
×