Pada
suatu ketika dahulu James Bowen hanya merupakan seorang pemuzik
jalanan. Ketika itu beliau menumpang berteduh dirumah kakak beliau. Akan
tetapi lama kelamaan hubungan mereka menjadi semakin renggang sehingga
James terpaksa membawa diri keluar dari rumah kakaknya itu. Beliau
tidak mempunyai pilihan selain tidur di kaki lima atau di bangku taman.
Kehidupan beliau ketika itu amatlah tidak terarah. Tekanan yang
dihadapi oleh beliau menyebabkan beliau mula mendekati dadah. James
berkata dalam satu temuramah, "Bila kita hidup di jalanan kita cuba
sedaya upaya mencari keselesaan biarpun sekelumit, dan ramai berpaling
arah ke dadah bagi melupakan masalah yang dihadapi oleh mereka." Beliau
kekal dengan dengan keadaan hidup yang sedemikian buat satu tempoh
yang agak lama.
Hinggalah melalui program perumahan untuk golongan
gelandangan yang dilaksanakan oleh kerajaan Britain beliau berjaya
menyewa sebuah rumah. Ketika itu beliau membayar sewa rumah beliau
menggunakan hasil kutipan dari bermain gitar (Busking) di jalanan.
Pada satu hari berhampiran dengan stesen kereta api James melihat
seekor kucing berwarna oren yang mempunyai luka di kakinya. Luka
tersebut berkemungkinan hasil dari pergaduhan diantara kucing tersebut
dengan kucing jalanan lain. Pengalaman beliau yang pernah hidup di
jalanan menimbulkan perasaan belas dalam dirinya. James tidak boleh
membiarkan kucing yang cedera itu begitu sahaja ketika itu yang dilihat
begitu memerlukan pertolongan dari manusia jika ingin terus hidup.
Kucing tersebut diambil dan dibawa oleh James untuk dirawat di klinik
haiwan berhampiran. Biarpun hidup James ketika itu boleh diibaratkan
kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Dengan rawatan dari
doktor haiwan dan juga preskripsi ubatan kucing tersebut akhirnya
beransur pulih.
Pada waktu itu James merasakan sangat sukar untuk berpisah dengan
kucing tersebut yang diberi nama Bob oleh James. Bob mengikut James ke
mana saja James pergi. Apabila James bermain gitar di jalanan Bob akan
duduk berhampiran dengan James. Perkara itu sedikit sebanyak menarik
perhatian orang awam untuk berhenti dan melihat Bob.
Pendapatan James
mengalami peningkatan yang mendadak pada waktu itu. Bob seolah-olah
satu rezeki dari tuhan yang membantu James untuk terus hidup.
Keuntungan yang diperolehi oleh James telah membantu beliau menulis
sebuah buku yang diberi nama “Street Bob cat: a man and a cat in the
street have hope.”
Buku tersebut mengisahkan pengalaman persahabatan
diantara James dan Bob sang kucing dan juga motivasi bagaimana untuk
bangkit semula selepas jatuh. Ia juga mengandungi banyak kisah-kisah
beransur komedi tentang pengalaman Bob dan James di jalanan. Buku
tersebut telah menjadi sebuah best-seller dimana rata-rata kedai yang
menjual buku tersebut telah kehabisan stok buku tersebut dalam masa
yang singkat!
Di dalam buku tersebut James ada mengatakan bagaimana tindakan beliau
menyelamatkan seekor kucing mampu mengubah hidup beliau. Persahabatan
yang dihulurkan oleh Bob telah menyembuhkan hati James yang hampir remuk
kerana kesengsaraan hidup. Mungkin, jika Bob mampu berkata ia juga
akan mengatakan perkara yang sama...
Berikut gambar-gambar menarik mengenai Bob dan James:
...http://www.universitynewscapital.com/