Home » » Cantikkan kulit wajah dengan kentang

Cantikkan kulit wajah dengan kentang

Apabila bercakap mengenai ubi kentang, pastinya akan muncul di fikiran anda tentang makanan-makanan enak yang dibuat daripada kentang ini. Tetapi tahukah anda bahawa kentang sebenarnya mempunyai manfaat yang baik dalam mencantikkan kulit wajah anda?

Dipetik dari Wanista, masker yang dibuat daripada kentang mampu meremajakan kulit serta menghilangkan kerutan di wajah dan juga gangguan kulit lain.

kentang

Jadi kepada anda di luar sana yang ingin mencuba sendiri kebaikan masker kentang ini, ikuti cara-cara menghasilkan masker kentang ini.

Kupas kentang dan iris kentang bentuk bulat. Letakkan irisan kentang pada mata anda selama 15-20 minit. Setelah itu, cuci atau bilas wajah anda dengan air hangat.

Masker kentang memiliki zat anti penuaan yang sangat efektif dan bermanfaat untuk mengurangi kedutan di wajah. Jika anda menggunakan masker secara teratur, maka kulit anda akan lebih lembut dan bercahaya.

Menghilangkan bintik hitam pada wajah. Jika kita mempunyai bintik-bintik hitam pada wajah, kita boleh melakukan dengan kisar kentang dan oleskan pada wajah sambil memberikan pijatan lembut. Biarkan selama lima minit, setelah itu bilas wajah dengan air bersih.

Menghilangkan luka bakar akibat sinar matahari. Yang perlu dilakukan adalah hiris kentang dan letakkan irisan tersebut pada luka bakar. Hal ini akan memberikan sensasi menenangkan.


Memutihkan kulit wajah. Parut kentang dan oleskan parutan kentang pada wajah anda. Setelah 30 minit, bilas wajah anda. Jika anda menggunakan masker secara teratur, kulit wajah akan terasa halus, putih dan cerah.

Masker yang terbuat dari kentang juga sangat baik untuk mengangkat sel-sel kulit yang sudah mati pada wajah. Anda cukup menggunakan masker selama 10 minit setiap hari. Dengan pemakaian secara teratur, akan membantu kulit wajah menjadi lebih remaja.

Mengubati mata bengkak. Untuk menghilangkan bengkak di sekitar mata atau kantung mata, gunakan campuran mentimun dan kentang lalu oleskan di sekitar mata. Mentimun mengandungi asam askorbat dan asam caffeic, kentang mengandungi catecholase. Kandungan tersebut dapat menghilangkan bengkak pada mata.

Jika anda memiliki kulit yang kering, anda dapat menggunakan masker yang terbuat dari parutan kentang yang di campur dengan curd. Untuk penggunaannya cukup oleskan masker pada wajah selama 20 menit, lalu bilas. Masker kentang ini membantu melembabkan kulit anda dan menghilangkan garis-garis halus pada wajah.

Selamat mencuba!
sumber via 
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

Artikel Terkini

Receive Updates Via Facebook
×