Florida: “Cowasaki” bukanlah kesilapan ejaan pada bagi satu nama
pengeluar motosikal sebaliknya ia nama yang diberikan bagi replika
motosikal yang dibuat dari tulang binatang.
Reese Moore, 65, dari Orange City mempunyai kemahiran unik
menggunakan tulang binatang untuk membina replika motosikal selama lebih
10 tahun..
Rekaan terbarunya yang di beri nama Cowasaki akan mula dipamerkan di
bilik pameran Ormond Beach sebagai sebahagian daripada Minggu Motosikal
2014
Replika bernilai AS$ 55,000 (RM 180,372) itu dibuat daripada tengkorak lembu, tulang buaya, rakun dan khinzir.
“Saya suka menggunakan tulang dalam hasil kerja saya,” kata Reese.
Lelaki itu tidak pernah menunggang motosikal apatah lagi
motosikal yang dibinanya kerana ia hanya replika dan bukan untuk
digunakan.
Dia mula membina replika motosikal itu apabila dia
cuba melakukan sesuatu yang hebat untuk anaknya pada hari Halloween
dengan membuat replika dinosaur dari tulang binatang.
Apabila rakannya meminta dia membuatkan satu untuknya, dia membuat sesuatu yang lebih baik.
“Pada
mulanya saya cuma bergurau dengan mengatakan saya akan membuat
motosikal untuk Minggu Motosikal, dan saya anggap itu sebagai satu
cabaran buat saya,” katanya. Dalam kira-kira tiga atau empat hari
kemudian saya menghubunginya untuk memberitahu ia sudah siap,” katanya.
Rekaan terbaru Reese itu kini dipamerkan untuk jualan di Dunn's Attic & Auction House. - Agensi