Sebuah apartmen setinggi 17 tingkat menyerupai pokok gergasi dan
berlatarbelakangkan pemandangan gunung serta pantai akan dibina di
Montpellier, selatan Perancis.Projek L’Arbre Blanc atau The White Tree hasil kerjasama pereka
tempatan dan Jepun yang menggabungkan seni arkitek abad ke-21 itu
diilhamkan dari imej pokok sebenar.
Premis tersebut akan dilengkapi 120 unit kediaman dengan balkoni yang mengunjur ke luar pada arah berbeza seperti dahan pokok.Selain itu, beberapa unit pejabat, restoran dan galeri seni juga
bakal dibina bagi menarik lebih ramai pengunjung ke menara setinggi 56
meter tersebut.
Gizmodo.com.au melaporkan setiap apartmen itu turut menyediakan ruang balkoni terbuka untuk penduduk menikmati udara segar.Difahamkan menurut DailyMail, projek pembinaan The White Tree akan
bermula pada Julai 2015 dan dijangka siap sepenuhnya menjelang Disember
2017. – SH