Xiamen: Seorang saksi satu kemalangan ngeri membabitkan pasangan
suami isteri melihat bayi yang berada dalam kandungan ibunya itu
tercampak keluar selepas motosikal pasangan itu dilanggar lori.
Wang Zhau, 40, yang sarat mengandung dalam perjalanan ke hospital
bersama suaminya Mao, 42, apabila motosikal mereka dirempuh lori.
XIAO hanya mengalami cedera ringan selepas tercampak keluar dari kandungan dalam kemalangan yang meragut nyawa ibu bapanya. |
Saksi berkata lori itu kemudian menggilis wanita berkenaan
menyebabkan bayi yang berada dalam kandungannya terkeluar dan tercampak
sejauh tiga meter.
XIAO hanya mengalami cedera ringan selepas tercampak keluar dari kandungan dalam kemalangan yang meragut nyawa ibu bapanya.
Pasangan berkenaan mati di tempat kejadian namun bayi mereka selamat dan dibawa ke hospital di wilayah Fujian China.
Bayi yang diberi nama Xiao Zhao oleh kakitangan hopital itu hanya calar-balar.
Jurucakap
polis, Chan Chien berkata: “Ada saksi yang berkata wanita itu sempat
melahirkan anaknya sebelum mati selepas dilanggar lori berkenaan
manakala yang lain berkata, impak daripada perlanggaran itu menyebabkan
bayi seberat 4.2 kilogram itu terkeluar dari rahim ibunya dan tercampak
sejauh tiga meter.
Wanita itu sepatutnya dimasukkan ke bilik
bersalin pada jam 8.30 pagi waktu tempatan dan suaminya membuat
keputusan untuk tidak menunggu ambulans.
Dia menghantar isterinya ke hospital menaiki motosikal.
Kemalangan berlaku ketika mereka tiba di simpang antara Maqing Lu dan Jiaosong Lu” kata Chan.
Polis mengesahkan mereka menahan pemandu lori berusia 45 tahun itu untuk membantu siasatan.
Kejadian
yang menggemparkan yang menimpa bayi malang itu menjadi tajuk utama
akhbar di China dan Badan Kebajikan Xiamen menyumbangkan 5,000 yuan (RM
2,658) untuk penjagaan bayi terbabit.
Orang ramai yang mengetahui
berita itu turut melawatnya di hospital dengan membawa pelbagai hadiah
untuk bayi berkenaan. - Agensi