Rekabentuk hotel yang unik itu melambangkan ‘penduduk’ terkenal di Kakadu, buaya air masin.
Terletak di bandar Jabiru, hotel itu menjadi pilihan pelancong yang ingin meneroka kawasan utara Kakadu.
Taman negara itu menjadi habitat kepada lebih 10,000 buaya, bersamaan
dengan 10 peratus daripada keseluruhan populasi reptilia itu di Wilayah
Utara.
Lebih separuh kawasan di Kakadu yang diisytiharkan sebagai taman
negara dalam tiga peringkat antara 1979 hingga 1991 adalah tanah
masyarakat orang asli Australia.
Pemilik warga tempatan menguruskan perjalanan taman berkenaan bersama Parks Australia.-HM