Home » » Pokok keabadian cinta dihiasi ribuan mangga kunci

Pokok keabadian cinta dihiasi ribuan mangga kunci

JIKA ada pepatah bijak mengatakan bahawa cinta harus dijaga sebaik – baiknya , mungkin pepatah ini memang sangat diterapkan di Moscow, Russia. Sebabnya , walaupun tidak sepopular Paris sebagai kota cinta , Moscow juga punya tradisi unik berkaitan dengan mitos kekalnya sebuah hubungan.
.

Di Rusia , pasangan pengantin baru biasanya pergi menuju ke sebuah jambatan untuk melakukan wedding kiss di hari perkahwinan mereka . Jambatan ini diberi nama The Bridge of Kisses . The Bridge of Kisses terletak di berhampiran Katedral Kristus Juru Selamat , di atas Sungai Moskva . Jadi , selepas melakukan pemberkatan pernikahan , para pasangan pengantin baru ini beramai-ramai menuju ke jambatan cinta ini .

Sebagai sebahagian dari tradisi , pasangan harus mengabadikan sebuah mangga kunci yang ditulisi nama mereka berdua dengan sumpah pernikahan mereka . Kemudian, mangga ini berpasangan di pokok yang diperbuat daripada logam di sepanjang jambatan kemudian membuang kunci ke sungai . Khabarnya , ini adalah lambang kesetiaan dan cinta abadi . Wow , romantiknya.
sumber:gaban comel

Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

Artikel Terkini

Receive Updates Via Facebook
×