Disebelah barat daya kira kira 80km dari ibu kota Turki
”Antalya”, bersebelahan dengan bandar Cirali di sebelah barat daya
Turki , Ada batu yang terus menyala ini terletak di sebuah gunung yang
berbatu dan di dalam batu itu terus mengeluarkan Api yang menyala selama
ribuan tahun lamanya.
Puluhan titik nyalaan api itu membakar di bahagian yang berhampiran
dengan gunung ,sebab-sebab api menyala kerana terdapat gas metana yang
bermasalah yang keluar melalui lubang pengudaraan.
Penduduk Turki menyebut Batu Terbakar itu dengan sebutan Yanartas ,
dan mereka menganggarkan bahawa api itu telah menyala selama 2500 tahun
lamanya. Lubang ventilasi tersebut merupakan pelepasan terbesar dari
gas metana abiogenic yang dijumpai atas tanah setakat ini.
Selama beratus-ratus tahun yang lalu , para nelayan Turki boleh
melihat nyalaan api itu dari laut dan mereka sering memanfaatkannya
sebagai penunjuk arah untuk mengemudi arah kapal , tapi saat ini Batu
Terbakar itu lebih sering digunakan oleh para pendaki untuk memasak dan
membancuh teh atau sebagai penghangat disaat cuaca sejuk .
Nyalaan api itu, menurut beberapa literatur kuno , telah melahirkan
sebuah mitos tentang Chimera , Menurut Mitos Chimera di gambarkan
sebagai binatang bernafas api , dengan tubuh dan kepala berbentuk singa,
dan sebuah kepala kambing yang tumbuh dari punggungnya , dan ekor yang
hujungnya berupa kepala ular.