Home » » Acer LiquidZ3s dengan harga mampu milik RM300

Acer LiquidZ3s dengan harga mampu milik RM300

Acer Malaysia secara rasminya telah mengumumkan Liquid Z3s dengan harga mampu milik iaitu RM300 sahaja. Kebiasaan telefon pintar yang hadir dengan harga mampu milik tidak mempunyai spesifikasi yang hebat, namun Acer Liquid Z3s ini mempunyai sesuatu yang mampu menarik perhatian anda.
 
Acer LiquidZ3s
Liquid Z3s ini hadir dengan skrin bersaiz 3.5-inci paparan HVGA bersama resolusi 320×480, 5MP kamera belakang, pemproses dual-core dengan kelajuan  1GHz, 512MB RAM, dijanakan oleh Android 4.2.2 Jelly Bean dan bateri simpanan berkapasiti 1,500mAh.

Apa yang menarik perhatian adalah Acer mempunyai satu perisian yang berada diluar jangkaan spesifikasi peranti berikut, iaitu dengan antaramuka yang berlainan yang mampu menyesuaikan dengan pengguna yang berlainan. Contoh, pengguna boleh memilih mode tersendiri seperti Classic Mode ataupun Keypad Mode.

Acer Liquid Z3s ini dijual dengan harga RM299 dan anda boleh membuat pra-tempahan sekarang bersama storekini.com. Mereka juga membuat tawaran terhad daripada pra-tempahan, sesiapa yang terawal akan mendapat pelindung skrin percuma, flip cover, dan diskaun untuk pembelian bersama mereka. Terakhir sekali saya ingin memberi tahu anda, bahawa pelanggan 30 yang pertama akan menerima travel adapter.

sumber:mobile88
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

Artikel Terkini

Receive Updates Via Facebook
×