PERIBAHASA ‘bagai anjing dengan kucing’ biasanya dirujuk kepada individu yang sering bertelagah.
Namun, peribahasa itu tidak lagi relevan apabila kedua-dua haiwan itu dikatakan menjadikan ‘sahabat setia'.
Kedua dua haiwan ini dikatakan tidak boleh berjauhan |
Pemilik anjing Diane Gagliano yang bekerja di Perkhidmatan haiwan
Seminole County berkata, anjingnya mengutip kucing itu dari tepi jalan
selepas dibuang oleh pemiliknya.
“Kucing lumpuh itu berusia kira-kira dua tahun. Anjing saya membawanya
pulang ke rumah dan kini kedua-duanya bersahabat,” katanya dipetik
DailMail
Menurutnya, jika ada sesiapa yang cuba menyentuh kucing itu, anjingnya akan melindungi kucing terbabit.
Melihat keakraban kedua-dua haiwan itu, beliau kini berusaha membuat
kempen menyelamatkan kucing dan anjing terbiar di sekitar rumahnya di
Florida, Amerika Syarikat.-sinar harian