Di negara kita mungkin mendapat sinar matahari sepanjang tahun merupakan hal yang biasa. Tetapi berbeza di desa Rjukan di Norway yang terdapat ribuan penduduk.
Penduduk di Rjukan hanya mendapat cahaya matahari selama enam bulan dalam setahun dan langsung tidak mendapat pancaran matahari selama dalam musim sejuk.
Bagi membolehkan penduduk dibandar tersebut mendapat cahaya matahari, maka cermin raksasa dipasang pada ketinggian 400 meter di atas gunung untuk memantulkan cahaya matahari ke tengah desa.
Pada awal nya projek tersebut terdapat halangan kerana belanjanya yang mahal iaitu 615,00 euro,tetapi akhirnya ianya berjalan dengan lancar setelah mendapat tajaan sebanyak 80 peratus kos keseluruhan projek tersebut.
Dengan tiga cermin sebesar 17 meter persegi dan dikawal oleh komputer yang mengendalikan cermin bagi mengikuti pergerakan cahaya matahari, sekarang lokasi pasar umum di tengah desa tersebut telah mendapat cahaya matahari- dailymail