Home » » Lelaki Rusia ini boleh memusingkan kepala 180 darjah

Lelaki Rusia ini boleh memusingkan kepala 180 darjah

Alexander adalah seorang lelaki Rusia yang bekerja sebagai waiter atau pelayan restoran. Sekilas pandang , tidak ada yang aneh pada Alexander, dia kelihatan seperti lelaki muda pada umumnya. Namun jika dia sudah beraksi dengan memutar kepalanya ke arah belakang, banyak orang yang akan ngeri dan menjerit ketakutan.
pusing leher 180 darjah

Itulah kemampuan khusus yang dimiliki Alexander, memusingkan kepalanya hingga 180 darjah, kemampuan yang mustahil dimiliki manusia pada umumnya. Dalam video yang tersebar di Youtube, Alexander berkata bahawa dia mengetahui keanehan pada tulang lehernya ketika bersenam. Alexander mengetahui bahawa tulang lehernya sangat fleksibel, bahkan terlalu fleksibel sehingga boleh memusing kepalanya.
pusing leher

“Saat kepala saya berputar ke belakang, saya tidak seperti diri saya sendiri, seolah-olah saya adalah orang lain yang tubuhnya dipenuhi beberapa jenis tenaga,” kata Alexander.
Fenomena aneh ini cukup memeningkan doktor pakar tulang. Seorang doktor kesihatan di dalam video mengatakan, “Saya berada dalam dunia radiologi selama 30 tahun, namun belum pernah melihat kes seperti Alexander yang sangat fleksibel,” katanya.
Adakah rasanya sakit? Orang normal pasti mengalami kecederaan jika memaksakan kepala menghadap ke belakang. Sementara itu Alexander berkata, “Bagi saya, ini normal dan tidak sakit sama sekali,”
Kes ini memang cukup aneh. Jangan mencuba dirumah! Kerana jika memaksakan leher menghadap belakang, tulang leher anda boleh kecederaan bahkan menyebabkan kematian.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

Artikel Terkini

Receive Updates Via Facebook
×