Home » » Makanan yang dapat meningkatkan daya Ingatan

Makanan yang dapat meningkatkan daya Ingatan

Adalah sesuatu yang menguntungkan jika anda mempunyai kebiasaan mengamalkan pemakan yang sihat.Kebiasaan ini mampu menurunkan risiko terkena penyakit darah tinggi,kencing manis,jantung malah penyakit Alzheimer.

Kebiasaan ini juga merupakan satu kebaikan dimasa hadapan.Salah satunya menurunkan risiko terkena Alzheimer.Penyakit ini merupakan keadaan dimana daya ingatan seseorang menurun terus menerus sehingga tidak mampu mengurus diri sendiri

 Mengikut kajian,anda boleh terus menjaga kesihatan tubuh sekali gus meningkatkan daya ingatan otak dengan mengamalkan beberapa jenis makanan dibawah ini

Buah berry

buah beri

Mengikut kajian buah blueberry, raspberry,strawberi dan buah berry lainnya mengandung antioksidan yang baik untuk meningkatkan fungsi otak. Kandungan yang ada pada buah-buahan ini boleh membantu mengurangi penuaan pada otak. Buah Berry juga amat baik bagi meningkatkan daya ingatan.


Sayuran

sayuran


Sayur sayuran adalah merupakan sumber terbaik vitamin E dan Zat folat. Sayuran berdaun hijau seperti bunga kobisdan bayamsangat baikbagi menyihatkan otak dari kanak-kanak sehingga dewasa.

Kandungan yang sedia ada di dalam sayuran akan dapat membantu anda menjaga dayaingatan. Selain daripada vitamin E, sayuran juga mengandungi vitamin B6, dan B12 yang merupakan gabungan yang penting untuk menurunkan homocystein, yang boleh mengakibatkanlupa malah penyakit Alzheimer.

Avocado

avocado

Buah yang kaya dengansumber antioksidan dan vitamin E. Kandungan buah avokado mampu mengurangkan risiko terkenapenyakit Alzheimer.

Biji bunga matahari

biji bunga matahari


Biji-bijian adalah merupakan sumberyang baik bagi vitamin E.Antaranyaadalah biji bunga matahari. 100 gram biji bunga matahari adalah mengandungi 30% dari pemakanan yang disyorkan untuk harian.

Kacang tanah dan mentega kacang


kacang tanah


Walaupun keduanya tinggi lemak, kacang tanah dan selai kacang mengandungi sumber lemak sehat. Selain itu dari mengandungi vitamin E. Makanan ini akan dapat membantu menjaga kesihatan jantung dan otak agar tetap sehat dan berfungsi dengan baik.


Biji-bijian

bijirin



Gandum,beras merah, oatmeal, roti whole grain dan lain-lain juga amat baik bagi kesihatan Anda. Makanan ini dapat membolehkan peningkatan aliran darah ke otak. Dengan demikian dapat meningkatkan kualiti fungsi otak



Ikan

ikan


Memakan ikan laut amat  baik kerana ia kaya dengan kandungan Omega-3. Omega-3 berfungsi melindungi kesihatan jantung, membantu menurunkan tekanan darah danmenurunkan kadar kolesterol dalam darah. Omega-3 mampu menyediakan lebih banyak oksigen ke otak dan memungkinkan seseorang untuk menyimpan informasi baru sementara masih mengingat informasi yang lama.

Jenis ikan yang bolehanda konsumsi adalah seperti salmon, tuna, dan ikan kembung.


Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

Artikel Terkini

Receive Updates Via Facebook
×