Jika anda penggemar komik Donald Duck, pasti mengenal Uncle Gober. Bapa saudara Scrooge yang terkenal kaya raya membuat iri orang di seluruh dunia dengan mempunyai kolam yang dipenuhi wang.
Namun hal itu ternyata tidak hanya ada di komik saja. Sebuah Bank di Switzerland bernama Scweizer Volksbank juga mempunyai gudang wang. Bahkan para pelanggan boleh ikut merasakan berenang di kolam wang tersebut.
Bank yang dibuka sejak tahun 1912 itu memang dari awal lagi ingin mempamerkan gudang simpanan wang mereka. Dalam satu gudang saja terdapat hampir 8 juta duit syiling.
Walaupun begitu, bank ini mendakwa mempunyai sistem keselamatan yang tambahan ketat. Mereka bahkan berani bertaruh bahawa gudang ini tidak boleh dihancurkan oleh bom sekalipun.
Pihak Bank juga memberi sebuah tawaran tambahan bagi para pelanggan yang ingin membuat gudang wang juga di rumah. Mereka akan rasa selamat jika memasangnya.- newmalaysianpost
Scweizer Volksbank juga mempamerkan duit syiling pada orang awam