Home » » Xperia Z1 compact produk terbaru Sony-Kamera 20.7MP

Xperia Z1 compact produk terbaru Sony-Kamera 20.7MP

Sony baru sahaja mengumumkan model telefon pintar Xperia Z1 Compact di CES 2014. Tidak seperti telefon versi mini yang dilancarkan oleh pengeluar telefon pintar yang lain, Xperia Z1 Compact hadir dengan spesifikasi yang hampir sama dengan Xperia Z1 yang lebih besar.


Xperia Z1 Compact

Sony berjaya melancarkan Xperia Z1 Compact ini dengan pemproses, kamera, memori simpanan dalaman kedalam saiz begitu kompak dan sesuai untuk penggunaan sebelah tangan.

Xperia Z1 C ini mempunyai ukuran dimensi 127 x 64.9 x 9.5 mm dan mempunyai berat 137g serta di lengkapi skrin paparan Triluminous IPS 4.3-inci dengan resolusi 720p dan mempunyai kepadatan piksel 343ppi. Dari segi pemproses, Xperia Z1 Compact hadir dengan pemproses quad-core Snapdragon 800 Krait 400 dengan kelajuan 2.2GHz dan mempunyai Adreno 330 dengan 2GB RAM.

Xperia Z1 Compact


Xperia Z1 Compact juga hadir dengan versi Android 4.3 Jelly Bean yang akan diberikan Android 4.4 KitKat selepas pelancaran. Dari segi kamera pula, Xperia Z1 ini dilengkapi camera 20.7MP dengan optik Carl Zeiss, lampu flash LED dan OIS. Dari segi memori simpanan dalaman, Xperia Z1 Compact mempunyai 16GB dan boleh ditambah sehingga 64GB menggunakan slot MicroSD.

Xperia Z1 Compact


Jika anda melihat secara teliti, perbezaan antara Xperia Z1 dan Xperia Z1 Compact hanyalah dari segi skrin paparan yang kini hanya 720p dan bateri yang berkapasiti 2300 mAh yang mana ianya sama seperti Xperia Z.

Xperia Z1 Compact dijangka akan mula dijual mulai bulan hadapan dan ditawarkan didalam beberapa warna menarik iaitu putih, merah jambu, lime dan kuning. Setakat ini tiada sebarang maklumat mengenai harga dan akan bila ianya akan tiba ke pasaran Malaysia.

mobile88

Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

Artikel Terkini

Receive Updates Via Facebook
×