Home » » Lelaki gila seks rakam jiran mandi

Lelaki gila seks rakam jiran mandi

Kuala Lumpur: Perbuatan seorang kakitangan lelaki sebuah syarikat insurans yang gila seks hingga sanggup mengintai dan merakam video jiran wanitanya sedang mandi di Kondominium Bayu Tasik 2, Bandar Tasik Permaisuri, Cheras, di sini, terbongkar apabila perbuatan itu dikesan sebelum dia dicekup polis, Sabtu lalu.

intip jiran mandi

Lebih memalukan lelaki berusia 30-an itu nekad melakukan perbuatan itu pada siang hari dengan menggunakan telefon bimbit semata-mata dipercayai mahu memenuhi hobi peliknya yang dikatakan hanya sebagai koleksi ‘suka-suka’.
Dalam kejadian terbaru itu, lelaki yang sudah berkahwin berkenaan sempat merakamkan video selama 14 saat dari tingkap bilik mandi rumah jirannya berusia 20 tahun. Perbuatan lelaki itu disedari mangsa yang kemudian memaklumkan kepada suaminya.

Suami mangsa yang bengang dengan penjelasan isterinya itu turut membuat laporan polis. Hasil laporan polis dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kondominium berkenaan mendedahkan perbuatan seorang lelaki yang juga jiran mangsa yang menetap di blok bangunan sama.


Suami mangsa yang mahu dikenali sebagai Fendi, 33, berkata, ketika kejadian, dia tiada di rumah dan bergegas pulang selepas menerima panggilan daripada isterinya mengenai kejadian itu.-mymetro

1 comments:

  1. sesah aje tengah belakang dia tu....
    baru dia tahu. banyak lagi kerja lain boleh di buat.....

    ReplyDelete

Artikel Terkini

Receive Updates Via Facebook
×