Khabar angin mengenai Nokia Normandy seakan-akan tiada penamatnya walaupun Nokia akan diambil alih Microsoft tahun ini. Adakah Microsoft akan melancarkan telefon pintar berasaskan Android?
Bulan lalu, tersebar satu berita yang mengatakan Normandy merupakan telefon pintar Android dengan spesifikasi rendah. Laporan tersebut turut mengatakan Normandy akan menggunakan reka bentuk ikonik Lumia dan akan ditawarkan didalam beberapa warna menarik sama seperti model Asha dan Lumia.
Semalam, pemberi maklumat terkenal @evleaks telah memaprkan beberapa gambar Normandy yang beroperasi menggunakan Android yang memberikan kita gambaran skrin utama, aplikasi Viber dan Skype.
Selain itu, beberapa laman web terkenal juga telah mendedahkan spesifikasi Normandy yang telah menjalani ujian AnTuTu. Nokia Normandy dikenali dengan kodnama Nokia RM-980 A110 hadir dengan skrin paparan FWVGA 4-inci ( 480 x 854 piksel), kamera 5MP dan beroperasi menggunakan Android 4.1 KitKat. Normandy dikatakan akan menggunakan pemproses Snapdragon 200 daripada Qualcomm.
Beberapa laporan juga mengatakan bahawa projek Normandy yang dikenali sebagai projek N akan kekal bersama Nokia dan akan dilancarkan oleh Nokia bersama-sama jam pintar Nokia selepas pengambilalihan oleh Microsoft selesai. Adakah kita bakal menyaksikan Nokia Normandy berasakan Android tahun ini? Kita hanya mampu tunggu dan lihat.
sumber:mobile88