Jasin: Lelaki yang mendakwa dirinya sebagai `Sultan Melaka’ Noor Jan
Tuah, 56, ditahan polis ketika cuba menaiki feri untuk ke Pulau Besar,
pagi tadi bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menganjurkan beberapa
majlis penganugerahan pingat, bintang dan darjah kebesaran yang tidak
diiktiraf.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka Asisten Komisioner Raja Sharom
Raja Abdullah berkata, tangkapan itu dibuat di Jeti Anjung Batu, Serkam,
di sini, kira-kira jam 10.50 pagi tadi.
Beliau berkata, penahanan dibuat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan,
selepas pihak polis Melaka menerima lapan laporan dibuat individu dan
pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
"Polis membuat tangkapan selepas
menerima beberapa aduan daripada individu dan NGO yang tidak berpuas
hati serta gusar atas tuntutan penama Noor Jan Tuah untuk mengiktiraf
dirinya sebagai Sultan Melaka.
Penduduk Melaka berasa curiga mengenai kebenaran dakwaan itu
terutama selepas penyebaran video di YouTube seolah-olah menghina
kerajaan yang sedia wujud di Melaka," katanya pada sidang media di Ibu
Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah, di sini, semalam.
Ketika tangkapan dibuat, Noor Jan berada di Jeti Anjung Batu
untuk menaiki feri ke Pulau Besar bagi menghadiri satu upacara perayaan
dan penyembelihan kambing.
Noor Jan dilaporkan memberi kerjasama
ketika tangkapan dibuat dan polis menasihatkan supaya pengikutnya tidak
bimbang kerana lelaki itu selamat dan polis hanya melakukan proses
siasatan.
Difahamkan, kira-kira 50 pengikut Noor Jan turut serta
dalam perjalanan ke Pulau Besar dipercayai untuk menghadiri majlis itu
bagaimanapun polis tidak menahan mana-mana pengikut terbabit.
Pada
8 Januari lalu, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron menjelaskan
Kerajaan Negeri Melaka menolak tuntutan Raja Noor Jan Shah untuk
diiktiraf sebagai 'Sultan Melaka' dan menegaskan kerajaan negeri hanya
mengiktiraf pingat, bintang dan darjah kebesaran diberikan Yang Dipertua
Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob.-mymetro
Haa....macam-macam orang ada.
ReplyDeleteTapi tak tahu juga. Jika dia dapat buktikan .......
Macamana ek?