Home » » Rahsia kecantikan wanita Thailand

Rahsia kecantikan wanita Thailand

Kecantikan wanita Asia memang  tidak asing lagi,warisan nenek moyang kita banyak meninggalkan petua tradisional dan amalan kecantikan sebagai panduan seharian.Wanita Thailand memiliki kecantikan asli yang pasti membuat ramai cemburu.Negara tersebut memang terkenal kerana menawarkan pembedahan plastik yang murah.Namun rata rata wanita tempatan memiliki kecantikan asli hasil amalan petua tradisional nenek moyang.

Apakah amalan yang membuat mereka cantik?.Mari kita lihat apakah amalan mereka sehingga memiliki kecantikan yang tiada tolok bandingnya


Santan kelapa


Santan kelapa bukan sahaja digunakan untuk masakan,tapi wanita Thailand mengamalkan mandian santan untuk mengekalkan kelembutan dan kelembapan kulit.Selain itu mereka juga gunakan santan untuk mendapatkan rambut yang lebat dan sihat.

Betik

Betik mengandungi vitamin C  dan E juga agen anti oksida.Wanita Thailand menggunakannya sebagai masker bagi memberi kesegaran kepada wajah.Betik membuatkan kulit  menjadi cerah berseri dan bebas cela.Selain itu vitamin yang ada pada betik dapat melawan radikal bebas yang boeh menyebabkan kedutan pada kulit

Diet Pemakanan

Wanita Thailand mengamalkan diet pemakanan dengan pengambilan rempah ratus dan sayuran.Diet yang sihat ini membantu mendapatkan tubuh badan langsing dan kulit yang berseri.Sayur-sayuran diketahui kaya dengan vitamin dan boleh mengekalkan kelangsingan badan

Kunyit

Kunyit seperti juga betik mempunyai agen anti oksida yangdapat melawan radikal bebas.Serbuk kunyit diamalkan wanita Thailand bagi mendapatkan wajah yang licin dan bebas jerawat.Petua ini juga boleh diamalkan oleh anda  dengan mengambil serbuk kunyit dengan tapak tangan dibasahkan.Ia boleh dijadikan scrub dengan menyapu serbuk tersebut kemuka selama 5 hingga 10 minit

Beras

Sabun susu beras adalah antara produk dari Thailand yang terlaris jualannya.Beras memang terbukti menjadikan kulit cantik dan putih berseri.Beras diproses sendiri oleh wanita  Thailand secara tradisional sehingga menjadi susu bagi merawat kulit.Vitamin E yang terdapat pada beras membantu memutihkan badan dan kulit wajah



2 comments:

  1. Sangat lengkap ulasan tentang Rahsia kecantikan wanita Thailand ini gan, semoga bisa memberi manfaat untuk semua pembaca. salam kenal dan sekiranya berkenan, berkunjung ke toko Cream Pemutih Wajah kami ya. Semoga kedepannya kita bisa bekerjasama. Thanks

    ReplyDelete
  2. kulit wanita thailand memang cantik. sampaikan ada yang lelaki yang menukar jadi wanita, kulit diaorang pun cantik sangat. memang nampak macam perempuan betul. hahaa..

    tips cantik tanpa mekap

    ReplyDelete

Artikel Terkini

Receive Updates Via Facebook
×