Home » » Buah-buahan yang mempunyai vitamin C Lebih banyak daripada limau

Buah-buahan yang mempunyai vitamin C Lebih banyak daripada limau

Buah-buahan kaya vitamin C sangat baik dimakan sebagai antioksidan pembantu kekebalan tubuh terutama ketika kita mudah terkena selsema di musim hujan seperti sekarang ini. Kebiasaannya kita menganggap vitamin C hanya dengan buah limau. 100 gram limau jenis Valencia misalnya, hanya mengandungi 48 mg vitaminC. Padahal banyak lagi buah-buahan lain yang sering anda jumpai sehari-hari yang tanpa diduga mempunyai  vitamin C yang jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan limau.Berikut adalah senarai buah-buahan yang mengandung vitamin C tertinggi per 100 gram buah :

1. Nenas (56 mg)


Nenas

Dengan rasanya yang manis dan sedikit masam, buah berasal dari Brazil dan Paraguay ini merupakan salah satu buah yang mengandungi vitamin C tinggi. Jumlahnya mencapai 56 mg vitamin C per 100 gram buah terutama untuk yang rasanya sangat manis.

2. Mata kucing (84 mg)
Mata kucing

buah dengan rasanya yang manis inimengandungi 84 mg vitamin C bagi setiap100 gram
atau 1.75 kali ganda dari limau

3. Gajus (265 mg)
Gajus

Buah yang berasal dari Timur Laut Brazil ini memiliki kandungan vitamin C yang amat tinggi hingga 265 mg per 100 gram buah atau 5 kali ganda jika dibandingkan dengan limau. Tentunya yang dimaksudkan adalah bahagian dari buah gajus dan bukan bijinya.

4. Jambu batu (228 mg)
Jambu batu

Buah yang mempunyai isi putih dan merah ini juga berasal dari Brazil.Samada yang berwarna merah atau putih, jambu batu kaya dengan kandungan vitamin C hingga 228 mg per 100 gram buah atau hampir 5 kali ganda dibandingkan limau.Memakan satu biji buah jambu batu ukuran sedang , sudah mencukupi untuk keperluan harian vitamin C sebanyak 2.5 kali ganda

5. Kiwi (93 mg)
Kiwi

Buah kiwi atau Chinese Gooseberry umumnya ada dua jenis,yang berwarna kuning dan hijau. Golden Kiwifruit atau kiwi yang berwarna kuning bernutrisi lebih tinggi daripada yang hijau. 100 gram kiwi mengandungi 93 mg vitamin C atau hampir sekitar 2 kali ganda jika dibandingkan dengan limau.

6. Limau Bali (61 mg)
Limau Bali

Limau bali  mengandungi vitamin C sebanyak 61 mg per 100 gram buah atau masih lebih tinggi daripada buah limau biasa.

7. Laici (71 mg)
Laici

Buah laici berasal dari China, Taiwan, dan Asia Tenggara. Buah yang berbau wangi, berasa masam dan manis ini sarat denan vitamin C hingga mencapai 71 mg per 100 gram buah atau hampir 1.5 kali ganda jika dibandingkan dengan limau


8. Betik (62 mg)
 Betik

Siapa sangka,betik mengandungi lebih banyak vitamin C jika dibandingkan limau. 100 gram betik memiliki  vitamin C sebanyak 62 mg. Buah berasal dari Mexico dan bahagian Utara Amerika Selatan ini diketahui mampu mencegah sembelit.


9. Strawberi (59 mg)

Strawberi

Buah asli berasal dari Perancis ini mengandung vitamin C sebanyak 59 mg untuk per 100 gram buah sehingga masih lebih tinggi daripada limau.




Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

Artikel Terkini

Receive Updates Via Facebook
×