KUALA KURAU - Seorang peniaga buah-buahan terpaksa menolak tawaran RM100
dari pelanggan yang mahu membeli sebiji buah tembikai berbentuk seperti
labu.
Peniaga buah-buahan, Nor Nasriq Rosli, 31, berkata, dia enggan menjual
buah tembikai itu kerana bentuknya yang pelik dan sukar ditemui.
Menurutnya, dia bersama seorang pekerja memetik tembikai di ladang ketika menjumpai buah berkenaan.
“Saya terus bercadang mempamerkan buah itu di gerai sebagai daya
penarik pelanggan. Sepanjang dipamerkan, kedai saya mula menjadi
tumpuan, malah ada yang menawarkan RM100 untuk membeli tembikai unik
itu.
“Namun, saya masih berat hati untuk menjual tembikai ini dan terpaksa menolak kerana berhasrat mahu menyimpannya,” katanya.
Dalam pada itu, Nor Nasriq percaya ada hikmah di sebalik penemuan tembikai unik berkenaan.
-sinar harian