Pohon ini dinamakan Pokok Pelangi atau
nama saintifiknya Rainbow Eucalyptus dan ia juga umumnya dikenali
sebagai Eucalyptus Deglupta, Gum Mindanao, atau Gum Rainbow. Pokok ini
boleh dijumpai tumbuh meliar di New Britain, New Guinea, Ceram, Sulawesi
dan Mindanao. Rainbow Eucalyptus, adalah sejenis pohon kayu putih yang
boleh tumbuh sehingga mencapai ketinggian 70 meter. Pokok ini sedang
ditanam secara meluas di seluruh dunia, terutamanya untuk digunakan
dalam industri pembuatan kertas dan permbuatan produk kayu.
Rahsia
Pokok Pelangi Rainbow Eucalyptus ini yang kelihatan berwarna warni ini
sebenarnya cukup mudah. Ia terjadi kerana melalui proses penggantian
kulit pokok. Kulit pokok ini setiap tahun akan menjalani proses
penggantian kulit yang baru setiap masa, tetapi proses penggantian itu
tidak terjadi secara total sebaliknya secara berperingkat mengikut area -
area tertentu.
Sebagai contohnya penggantian kulit yang pertama
akan menghasilkan warna kehijauan, lalu penggantian kulit kedua yang
berwarna hijau akan berubah menjadi kebiruan kemudian oren, ungu dan
merah. Proses yang terjadi secara berperingkat pada bahagian - bahagian
tertentu batang pokok inilah yang telah menciptakan efek pelangi yang
membuatkan pohon-pohon ini kelihatan berwarna warni seperti pelangi
sehingga ia dinamakan Pohon Pelangi di dalam Bahasa Melayunya.
-utaraincome
-utaraincome