Home » » Motorola Moto E -Telefon pintar dengan harga kurang dari RM 400

Motorola Moto E -Telefon pintar dengan harga kurang dari RM 400

Motorola Moto E  telefon pintar budjet dengan harga kurang daripada RM 400 disahkan akan memasuki pasaran Malaysia.

MotoE, dari Motorola hadir dengan skrin paparan qHD berukuran 4.3-inci dengan resolusi 960×540 yang mempunyai kepadatan piksel sebanyak 256ppi. Harga penjualan sekitar RM 400 ini pasti akan mengugat kedudukan banyak telefon pintar budget.


Mempunyai keupayaan pemprosesan Qualcomm Snapdragon 200 berkelajuan 1.2GHz yang disertakan dengan 1GB RAM, 4GB memori simpanan dalaman ( menyokong kad microSD sehingga 32GB), kamera belakang 5MP dan mempunyai bateri berkapasiti 1,980mAh. Moto E juga merupakan model yang menyokong Dwi-SIM.

Telefon pintar ini akan hadir dengan versi Android 4.4 KitKat .Moto E juga mungkin ditawarkan kemaskini Android 4.4.4 apabila model ini mula dijual 13 Ogos ini.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

Artikel Terkini

Receive Updates Via Facebook
×