Home » » Botol susu dari emas dan puting bertatah berlian

Botol susu dari emas dan puting bertatah berlian


Bagi kebanyakan individu, pastinya membeli botol susu dan pemegang puting bertatahkan emas  itu sesuatu yang membazir dan keterlaluan.

Namun, lain pula halnya bagi ibu dalam kalangan elit dan bangsawan apabila beranggapan botol susu plastik tidak memberi sebarang makna dalam kehidupan mereka.

Bagi mereka, tidak salah untuk berbelanja mewa semata-mata untuk mendapatkan botol susu istimewa yang boleh mencecah harga hingga, £166,000 dan £83,000.

botol susu


Pengeluar botol susu itu berharap emas 18 karat dan berlian yang terdapat pada botol susu berkenaan dapat bertahan dengan suhu dalam pemanas botol.Botol susu bertatah berlian dijual pada harga £83,000 dan £166,000.

Botol susu istimewa itu didatangkan dalam lima saiz berbeza, bermula dengan saiz 25 mililiter (ml) dijual pada harga £83,000, manakala £166,000 pula bagi saiz 200ml.

botol susu bertatah brlian

Pembeli boleh memanjakan insan yang mereka sayang dengan membuat rekaan dan ukiran yang ditempah khas.


puting bertatah berlian
Puting bertatah berlian
Bukan itu sahaja, syarikat pengeluar turut mengeluarkan puting istimewa serta penggantung puting khas untuk memudahkan si ibu ketika menjaga bayi mereka.

Botol susu mewah itu dikeluarkan oleh Suommo, yang turut menghasilkan rekaan menarik katil, buaian yang diinspirasikan daripada patung Russia dan pereka barangan kemas berpengalaman.

Jurucakap firma mewah yang terbabit dalam penghasilan produk itu berkara, “Kilauan emas merah jambu pada botol susu dan puting berkenaan dapat menyentuh hati ibu bapa pada pandangan pertama.

“Rekaan kami adalah hasil kerja seni yang sebenar, mereka sanggup mengorbankan masa yang agak lama untuk mendapatkan rekaan yang eksklusif dan elegan, katanya.

Sebagai syarikat daripada jenama popular, matlamat kami untuk memenuhi permintaan pelanggan yang sentiasa mahukan kelainan.

“Justeru, produk keluaran kami menekankan konsep mewah dan rekaan yang eksklusif.

“Pereka barang kemas yang paling berpengalaman mengukir menggunakan emas putih, emas merah jambu dan berlian,” katanya.-NMP

Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

Artikel Terkini

Receive Updates Via Facebook
×