Home » » Power Pillow-Bantal yang boleh mengecas telefon pintar

Power Pillow-Bantal yang boleh mengecas telefon pintar

Power Bank merupakan peranti yang berfungsi sebagai 'portable charger' dengan reka bentuk yang kecil dan boleh dibawa kemana-mana sahaja bagi memudahkan anda yang memakai telefon pintar yang kerap kehabisan bateri.

power pillow

Namun kini, muncul produk baru juga berfungsi sebagai 'portable charger' iaitu 'Power Pillow'. Pelik bukan? Bantal biasanya dikaitkan dengan keselesaan kini mempunyai fungsi yang lebih meluas apabila ia boleh dijadikan peranti pengecas.

Selain menawarkan keselesaan, kerana peranti ini membolehkan pengguna mengecas telefon pintar yang mempunyai sambungan USB.

'Power Pillow' mempunyai kuasa bateri jenis litium polimer yang menjangkau sehingga 12000mAh dengan dua port USB.

Bantal dengan reka bentuk empat segi itu mempunyai empat jenis rekaan iaitu Dottie, Skylar, Westbury, Puff, Knotty dan Maxim.

Bantal canggih ini dianggarkan berharga RM240

sumber:http://my.entertainment.yahoo.com/news/bantal-power-pillow-boleh-cas-telefon-025318724.html
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

Artikel Terkini

Receive Updates Via Facebook
×