Home » » Elak barah dengan kobis

Elak barah dengan kobis

Tahukah anda bahawa kobis mengandungi banyak zat di dalamnya dan baik untuk kesihatan tubuh badan terutamanya bagi mengelakkan penyakit kanser.

kobis

Pelbagai khasiat anti kanser yang terkandung dalam sayuran ini iaitu klorofil, vitamin E dan C. kandungan sulfur di dalam kubis juga membantu membuang sisa alkohol dalam darah.

Kobis juga baik digunakan untuk mengubati penyakit kulit iaitu dengan mengisar daun kobis kemudian dilumur ke kulit bermasalah. Bagi perubatan dalaman, kubis juga boleh mengubati penyakit kanser dengan mengamalkan pengambilan sayuran ini sama ada dimasak atau dimakan mentah sebagai ulam.

Antara manfaat kubis ialah menurunkan risiko gangguan jantung dan angina ahmar, mengurangkan risiko kanser usus besar, penyembuhan bisul dan meningkatkan sistem pencernaan. Kobis juga berguna untuk menurunkan kadar kolesterol..

sumber:yahoo entertainment

1 comments:

  1. Banyak rupanya khasiat kubis. Rahsia alam semulajadi yang kaya dengan khasiat untuk tubuh badan kita.

    ReplyDelete

Artikel Terkini

Receive Updates Via Facebook
×