KUALA LUMPUR – Selepas dikejutkan dengan
berita beribu-ribu ikan melompat ke darat di Lahad Datu, satu lagi kisah
menarik datang dari negeri di bawah bayu.
Kali ini mengenai penemuan ikan matahari –
antara spesis ikan tulang paling berat di dunia – yang terdampar di
Kampung Forest Sandakan.
Gambar ini diperolehi melalui kiriman emel dan sedang menjadi viral
di laman-laman sosial sejak beberapa hari lalu sehingga menjadi
perhatian umum.
Setakat ini, tiada penjelasan lanjut daripada pihak berkenaan mengenai penemuan ikan tersebut.
Spesis ikan itu yang juga dikenali sebagai ‘mola-mola’, boleh
mencecah berat sehingga 1,000 kilogram dan merupakan antara haiwan yang
paling aneh dan jarang ditemui.
Diet utama ikan ini ialah obor-obor dan hidup diperairan laut tropika.
Seperti ikan buntal, ‘mola-mola juga menjadi hidangan yang istimewa di negara Jepun, Korea Dan Taiwan
– New Malaysian Post