Home » » Galaxy Grand Neo dilancarkan oleh Samsung

Galaxy Grand Neo dilancarkan oleh Samsung

 Secara rasminya Samsung telah mengumumkan model Galaxy Grand Neo yang juga dikenali sebagai Galaxy Grand Lite.

Galaxy Grand Neo
Dari segi spesifikasi, Galaxy Grand Neo ini hadir dengan skrin paparan bersaiz 5.0-inci dengan resolusi 800 x 480 piksel. Telefon pintar terbaru Samsung ini akan diperkuasai dengan pemproses A7 berkelajuan 1.2GHz dan disertakan dengan 1GB RAM. Selain itu, kamera utama Galaxy Grand adalah 5MP dengan kamera VGA pada bahagian hadapan. Dari segi memori simpanan pula, Grand Neo mempunyai 8GB memori simpanan dalaman dan pengguna boleh menambah kapasiti ini dengan menggunakan slot microSD.

Galaxy Grand Neo ini hadir dengan hampir kesemua teknologi terbaru namun tiada sokongan 4G LTE pada telefon pintar ini. Versi Android yang disertakan pada Galaxy Grand Neo ini adalah Android 4.2 Jelly Bean dan mempunyai bateri berkapasiti 2,100mAh.

Pengedar di Belanda telah pun menawarkan Galaxy Grand ini melalui laman web mereka pada harga €260 (sekitar RM 1,178) dan akan sampai dipintu rumah anda didalam masa 24 jam. Selain itu, berita baik bagi pengguna di negara lain termasuk Malaysia, Galaxy Grand Neo dijangka akan mula dijual kesemua pasaran dunia didalam masa yang terdekat. Pastikan anda sentiasa mengikuti perkembangan terkini bersama kami kerana kami pasti akan melaporkan berita apabila model telefon pintar ini ditawarkan di Malaysia kelak.

-Mobile88
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

Artikel Terkini

Receive Updates Via Facebook
×