Adakalanya kita tidak sedar terdapat beberapa tempat atau lokasi serta
tabiat yang mampu menyumbang kepada penambahan berat. Contohnya ketika
menonton filem di pawagam dimana fokus kita adalah kepada skrin dan
tanpa sedar, kita berterusan mengunyah bertih jagung dan minuman
sehingga ia boleh membuatkan berat badan meningkat satu atau dua
kilogram.
Mari kita lihat beberapa tempat dan tabiat yang menyumbang kepada
penambahan berat badan anda tanpa disedari dan diharapkan anda boleh
mengawalnya pada masa akan datang.
DALAM KENDERAAN
Ya, ini adalah salah satu tempat kegemaran ramai orang terutama sekali
ketika terperangkap dalam kesesakan lalu lintas lebih-lebih lagi ketika
hendak ke pejabat atau pulang. Makanan ringan atau snek menjadi pilihan
untuk dikunyah sebagai pelapik perut menahan lapar, malah ada yang
menyimpan 'stok makanan' di dalam kenderaan mereka. Tabiat ini bukan
sahaja tidak bagus dan boleh menambah berat badan tanpa disedari, malah
kenderaan anda juga akan menjadi kotor dengan bungkusan dan habuk
makanan.
DEPAN TELEVISYEN
Rasanya hampir semua lakukan ini! Ramai yang berpendapat anda akan cepat
bosan dan lapar sekiranya menonton televisyen tanpa mengunyah sesuatu.
Malah ada yang merasakan saat bersama keluarga dan menikmati filem
kegemarah di kaca televisyen lebih menarik dengan hidangan makanan
menarik seperti piza, keropok dan sebagainya. Tak salah untuk mengunyah
sesuatu, tapi pastikan anda mengawalnya agar ia tidak keterlaluan dan
mengambil makanan sihat.
KETIKA MEMBUAT KERJA
Mengunyah sesuatu ketika menyiapkan tugasan adalah satu perkara yang
biasa dilakukan oleh mereka yang ingin mengelak rasa mengantuk. Keropok,
coklat dan makanan kurang khasiat seringkali menjadi pilihan mereka.
Bagi mengelak perkara ini berlaku, apa kata kurangkan pengambilan
makanan ringan dan berehat seketika sebelum sambung menyiapkan tugasan
kembali.
ATAS SOFA
Siapa yang tidak suka melepak di atas sofa yang empuk sambil melakukan
aktiviti seperti menonton televisyen, bermain komputer atau membaca
sambil berbaring? Keempukan dan kelembutan sofa pasti membuatkan anda
lebih gemar untuk makan sambil melakukan aktiviti tersebut. Ianya tidak
bagus kerana sisa makanan akan terkumpul dengan lebih mudah dan ia akan
membuatkan berat badan anda meningkat dengan cepat.
Kesimpulannya anda harus bijak mengawal nafsu makan atau mengamalkan
pemakanan sihat dan berkhasiat serta bersenam. Tak salah untuk mengunyah
ketika melakukan sesuatu aktiviti, tapi pastikan anda melakukan sesuatu
bagi mengelak berat badan anda meningkat dengan cepat
sumber
sumber
Betol3. Hehehe. Kena titikberatkan hal kesihatan ni. Kalau x sihat kn tergendala aktiviti seharian. Tak syokk nnt ;)
ReplyDelete