Home » » kapal terbesar didunia berjaya diapungkan

kapal terbesar didunia berjaya diapungkan

Syarikat pembuat kapal Korea , Samsung Heavy Industries ( Samsung ) telah berjaya mengapungkan kapal terbesar dunia dengan panjangnya melebihi ketinggian bangunan Empire State .

Jurucakap Samsung berkata , kapal tangki gas asli ( LNG ) berkenaan yang dikenali sebagai Prelude telah diapungkan di bahagian selatan pelabuhan Geoje pada 30 November lalu .
 
 
Bagaimanapun kapal sepanjang 488 meter berkenaan tidak boleh dianggap sempurna kerana tidak mempunyai enjin dan perlu ditangguhkan untuk bergerak .

Prelude mempunyai spesifikasi yang cukup mengagumkan kerana mampu menampung 600,000 tan muatan penuh yang bersamaan dengan enam buah kapal terbang terbesar dunia dipenuhi air .

Mempunyai ketinggian 100 meter , kapal berkenaan dijangka mampu menguruskan 3.6 juta tan LNG setahun .

Kapal tersebut akan diserahkan kepada syarikat gergasi minyak dunia iaitu , Shell pada September 2016 . -




sumber:zamri spoon.blogspot.com

1 comments:

Artikel Terkini

Receive Updates Via Facebook
×