Samsung Galaxy J yang telah lancarkan secara rasmi dan sudah mula dijual di Jepun melalui syarikat telekomunikasi DoCoMo kini dilihat akan memperkembangkan ‘sayapnya’ ke pasaran Asia yang lain. Laporan terkini menyatakan bahawa Galaxy J kini sudah tiba dipasaran Taiwan apabila peranti ini disenaraikan sebagai model dengan nombor SGH-N075T di laman web rasmi kerajaan dan sekaligus memberi petanda awal bahawa telefon pintar ini akan juga ditawarkan di negara-negara asia yang lain termasuk Malaysia.
Dari Segi spesifikasi, Galaxy J dilengkapi dengan skrin paparan 5-inci 1080p, pemproses Snapdragon 800, 3GB RAM dan ditawarkan didalam tiga warna iaitu merah jambu, putih dan biru.
Walaupun terdapat kemungkinan bahawa telefon pintar ini tidak diperkenalkan ke pasaran selain Jepun dan Taiwan, Samsung dilihat lebih berminat untuk memperkenalkan model telefon pintar ini ke beberapa pasaran lain. Galaxy J yang dilihat sebagai model gabungan antara Galaxy S4 dan Note 3( berharga RM 2399 di Malaysia) pasti akan mempunyai ramai peminat di pasaran lain dan ini pasti akan menjadi berita baik bagi mereka.
Untuk pengetahuan anda, Samsung kini merupakan syarikat yang memiliki pegangan pasaran terbesar bagi penjualan telefon pintar dan syarikat dari Korea ini harus berterima kasih kepada pelbagai model telefon pintarya yang memenuhi hampir kesemua permintaan pasaran. Dengan penambahan satu lagi model premium seperti Galaxy J ini akan lebih membantu Samsung didalam memperkukuhkan pengaruh pasaranya walaupun sokongan selepas jualan pasti menjadi isu memandangkan terlalu banyak peranti yang harus dikemaskini dengan sistem operasi baru.